BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 4, 2008



Klip video ini khusus buat anak-anak saya, terutama arwah Sarah, Danial dan Hajar. Kelihatan Sarah menyuap adik kesayangannya air zam zam. Suara latar ialah kakak mereka Hajar. Anak-anak saya begitu teruja dengan kehadiran baby Danial.

Comelnya budak-budak ni... Sarah (arwah), kakaknya Hajar dan Syamil.

Gambar lama, bonda saya Hjh Wan Hamidah, (arwah) nenda saya Hjh Wan Sepiah dan (arwah) ayah saya Hj. Wan Hassan. Damailah nenda dan ayahanda di sana...

Bonda saya, Hjh Wan Hamidah, kakak sulung saya Hjh Wan Fauziah dan saya.

Kakak saya, Hjh. Wan Kelthom, saya, bonda saya Hjh Wan Hamidah dan kakak ipar saya; Hjh Wan Rohayah (pengetua SMKA Shams)

Ini ialah Zahid di hadapan rumah kelahirannya di Kepala Batas. Nombor rumah sama dengan dengan tarikh kelahirannya iaitu 10.11.(1991)

Anak-anakku semasa misi kami ke Pulau Pinang. Kami ke sana untuk menziarah tempat tinggal kami dan kenalan semasa kami menetap di sana, iaitu di Seberang Perai Utara selama 5 tahun lebih. Lokasi di atas ialah puncak Lebuh raya Utara Selatan.

My pergola. Thumbergia, melur, menyeri hidupku. Dan irama bergemerincing jika bayu berpuput.. Thumbergia ini sungguh istimewa bagi saya kerana saya mendapatkan bakanya dari Sabah (Tanjung Aru) semasa mengikuti Kuiz Pengguna di sana. Bukan mudah memperolehnya.

Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan. Dari kiri Athirah, Amirah, saya, ust Norani, Hazri dan Syazwan. Syazwan dan Amirah akan meneruskan pengajian di US dan (talian hayat, cikgu lupa). Good luck!