BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 4, 2008



Klip video ini khusus buat anak-anak saya, terutama arwah Sarah, Danial dan Hajar. Kelihatan Sarah menyuap adik kesayangannya air zam zam. Suara latar ialah kakak mereka Hajar. Anak-anak saya begitu teruja dengan kehadiran baby Danial.

Comelnya budak-budak ni... Sarah (arwah), kakaknya Hajar dan Syamil.

Gambar lama, bonda saya Hjh Wan Hamidah, (arwah) nenda saya Hjh Wan Sepiah dan (arwah) ayah saya Hj. Wan Hassan. Damailah nenda dan ayahanda di sana...

Bonda saya, Hjh Wan Hamidah, kakak sulung saya Hjh Wan Fauziah dan saya.

Kakak saya, Hjh. Wan Kelthom, saya, bonda saya Hjh Wan Hamidah dan kakak ipar saya; Hjh Wan Rohayah (pengetua SMKA Shams)

Ini ialah Zahid di hadapan rumah kelahirannya di Kepala Batas. Nombor rumah sama dengan dengan tarikh kelahirannya iaitu 10.11.(1991)

Anak-anakku semasa misi kami ke Pulau Pinang. Kami ke sana untuk menziarah tempat tinggal kami dan kenalan semasa kami menetap di sana, iaitu di Seberang Perai Utara selama 5 tahun lebih. Lokasi di atas ialah puncak Lebuh raya Utara Selatan.

My pergola. Thumbergia, melur, menyeri hidupku. Dan irama bergemerincing jika bayu berpuput.. Thumbergia ini sungguh istimewa bagi saya kerana saya mendapatkan bakanya dari Sabah (Tanjung Aru) semasa mengikuti Kuiz Pengguna di sana. Bukan mudah memperolehnya.

Kuiz Pengguna Peringkat Kebangsaan. Dari kiri Athirah, Amirah, saya, ust Norani, Hazri dan Syazwan. Syazwan dan Amirah akan meneruskan pengajian di US dan (talian hayat, cikgu lupa). Good luck!

Wednesday, July 30, 2008

Sori le gambar ni jadi macam ni, dah beberapa kali buat pun jadi macam ni jugak. Lain kali insya Allah saya cuba betulkan balik.
Ini ialah gambar pendaftaran anak kedua saya Maryam untuk kursus perubatan di UKM.


Ini si comel Danial, sehari selepas dilahirkan. Alahai cutenya.. kelahiranmu umpama mimpi dan menjadi kesayangan ramai. Engkau adalah simbol harapan..

Tuesday, July 29, 2008

Arwah Sarah semasa majlis khatam al Quran di Pasti Assolihin, Chembong. Sebelum Sarah khatam, dia beria-ria betul hendak habiskan bacaan al Quran tidak mengira masa dan meminta saya menyemaknya dan jika saya tidak menyemaknya dia akan membacanya sendiri...

Syamil, Sarah dan Hajar semasa ke Pameran Laman 2005

Raya Aidil Fitri terakhir kami bersama-sama arwah Sarah di hadapan rumah kami di Rembau, negeri Sembilan.
Dari kiri, Afiq, Hajar, Maryam, Zahid arwah Sarah dan kecil di hadapan Syamil.

Anak-anak kesayanganku semasa di Cameroon Highland 2005